Petua untuk menghalau lipas
Almari dapur atau pakaian adalah habitat yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk berlindung dan membiak seranga seperti lipas. Almari yang dihuni oleh lipas pada kebiasaannya akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan hasil tinggalan telur dan najis lipas. Jika tidak dikawal, bau ini juga boleh melekat pada pakaian dan perabot. Sekiranya anda menemukan beberapa kesan tahi lipas atau telur lipas di dalam almari anda, ini bermakna anda perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkannya membiak di dalam almari anda.
Cara untuk menggelakkan lipas daripada memasuki almari pakaian anda adalah seperti berikut. Ambil beberapa helai daun pandan dan dicuci sehingga bersih. Kemudian ikat daun pandan tersebut dengan kemas dan letakkan di dalam atau atas almari. Lama kelamaan lipas akan menghindari almari anda dan juga ianya akan berbau wangi.
Sumber: tajashomestay

Comments
Post a Comment