Cara halau tikus dari Rumah Anda!

Setiap malam sering diganggu? Bunyi2 yang kurang menyenangkan? "Cett..cettt.."

Yes, mereka berbincang untuk mencari sisa2 makanan yang ada di rumah anda. Mereka adalah haiwan yang boleh menyebarkan penyakit berbahaya! Jangan biarkan mereka ini terus menghantui anda. Merekalah tikus yang sering menganggap rumah anda itu sebagai rumah mereka.

Cara2nya yang anda boleh praktikkan:

1. Bersihkan rumah

Tikus sangat suka dengan tempat kotor dan berselerak. Anda pula jangan mengundang mereka untuk menginap di rumah anda dalam keadaan yang memang mereka selesa, betul? So, buatlah spring atau deep cleaning! Selongkar barang2 yang tak terpakai dan kemaskan semula di tempat asal supaya tersusun. Selepas tu, kerapkanlah cleaning 2 minggu sekali at least!

2.  Perangkap tikus

Anda dah cegah jadi anda hendaklah kurangkan bilangan tikus yang ada dalam rumah anda. Awas! tikus ni bijak juga. Jadi, perangkap biarlah yang ada strategi seperti letak gam tikus di tempat laluan mereka.

3. Memelihara kucing

Musuh tikus ialah kucing. Di mana ada kucing, tikus tak boleh ada. Yelah, kalau kucing tak makan tikus tu pun, kucing akan 'belasah' tikus tu kan ;)

4. Kulit durian

Yeke? Kulit durian tu anda letakkan di tempat laluan mereka. Bau dan tajamnya kulit durian mampu buatkan tikus taknak dah datang rumah anda.


Selamat mencuba :D

Comments

Popular posts from this blog

Cleaning Services Nilai

jawatan kosong Cleaner dan Barista

Sewa Scrubbing Machine